Pada pertandingan ini, 15 penyertaan telah dihantar oleh UTHM dan 9 daripadanya telah memenangi pingat.
Majlis perasmian MTE’08 telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato’ Alihan bin Hj. A.Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi yang turut mengambil kesempatan meluangkan masa di semua tapak pameran termasuk di tapak pameran UTHM.
7th Invention And Innovation Competition yang diadakan sempena MTE’08 telah menyaksikan 433 penyertaan dari IPTA, IPTS, Agensi Kerajaan dan Swasta, Maktab Rendah Sains MARA dan penyertaan individu. Jumlah penyertaan pada tahun 2008 merupakan jumlah penyertaan tertinggi sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 2001. Pertandingan yang diadili oleh 70 orang pengadil dari pelbagai agensi ini telah menawarkan 60 pingat emas, 117 pingat perak dan 143 pingat gangsa.

UTHM berbangga apabila penyertaan tunggal Pusat Pengajian Kemanusiaan Dan Komunikasi yang menghantar Saudara Lam Kah Hoe, pelajar tahun 2, Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik melalui ciptaan yang diberi nama COMSKET, telah berjaya memenangi pingat emas seterusnya menempatkan ciptaannya antara 60 hasil ciptaan/projek terbaik dalam pertandingan tersebut. Ini membuktikan bahawa pihak Universiti sentiasa memberikan sokongan terhadap usaha-usaha membentuk budaya penyelidikan dan inovasi dikalangan seluruh warganya termasuk para pelajar. Selain itu, kejayaan ini telah membuktikan bahawa sistem pembelajaran di UTHM berupaya melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif, berdaya saing serta mampu menjadi modal insan yang dapat memacu pembangunan negara.
Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Ismail bin Hj. Bakar, Naib Canselor UTHM turut meluangkan masa menghadiri pameran tersebut. Kehadiran beliau amat dirasai oleh para peserta UTHM yang menyertai pameran ini kerana membuktikan sokongan kuat dan harapan yang cukup tinggi dari pihak Universiti terhadap usaha mencapai faktor kejayaan kritikal pertama Universiti dengan cara meneruskan kelestarian pencapaian unggul dalam bidang penyelidikan dan inovasi dikalangan seluruh warga UTHM.
Selain itu, pameran yang diadakan ini turut membuka peluang yang cukup luas dalam membantu penyelidik UTHM mengkomersilkan produk-produk yang telah dihasilkan. Lebih 50 orang pelawat dari pelbagai syarikat dan agensi, dari dalam dan luar negara telah hadir ke ruang pameran UTHM untuk mendapatkan maklumat lanjut terhadap produk-produk yang dipamerkan. Sungguh membanggakan apabila terdapat sebilangan daripada mereka telah menyatakan persetujuan untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dalam bentuk jalinan perniagaan dengan beberapa orang penyelidik.
Oleh:
Pn. Norliah Yaakub
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
Last Updated ( Jumaat, 03 Julai 2009 )
Oleh:
Pn. Norliah Yaakub
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi
No comments:
Post a Comment